Announcement

Perhatian kepada pelanggan-pelanggan yang dihormati, sila ke page 'catalog' untuk melihat senarai barang dan harga yang kami tawarkan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di

craftvalley@gmail.com

017-6199789 (khairun)
017-6117118 (azura)

Tuesday 18 October 2011

Hair clip riben

Hairclip ni tempahan daripada cikgu sekolah. Dia request nak 6 pasang hairclip untuk anak-anaknya dan juga untuk diberikan kepada anak jiran. Satu hairclip berharga RM3. Jika ingin memberli sepasang RM5. Jika membeli secara pukal, harga borong akan diberikan.





last minutes order

Order ni telah disiapkan dalam tempoh satu malam. Bukan sengaja aira nak siapkan last minute, tp dengan kekangan kerja yang ada aira terpaksa siapkan juga order dalam tempoh satu malam berikutan keesokannya aira terpaksa mengikuti kursus. Nak x nak terpaksa la siapkan dulu order sebelum berangkat. Penat tapi berbaloi.




bunga felt dan manik

Gambar ni adalah hasil kreativiti partner yang suka menjahit manik. Timbul idea untuk mengecilkan saiz rose yang pernah dibuat pada brooch. Semakin kecil saiz bunga itu sebenarnya semakin rumit kerja yang diperlukan untuk menyiapkannya. Akhirnya siaplah baju yang telah dijahit dengan bunga felt dan manik. Saiz sebenar bunga rose itu adalah sebesar wang syiling 5 sen. 




Cantik tak? Bolehlah anda cuba buat pada pakaian anda..lain daripada yang lain. Exclusive dan lebih cantik. Jika ingin membuat sebarang tempahan bolehlah email kami craftvalley@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Tuesday 27 September 2011

Convocation cap

Para pelanggan sekalian, aira craft telah tampil dengan design keychain terbaru yang bertemakan convocation. Bolehlah pilih mana-mana yang berkenan dan hadiahkan kepada insan-insan tersayang sebagai tanda ingatan dan kenangan. Terdapat dua design yang disediakan. Pelanggan juga boleh memilih sama ada mahu dalam bentuk keychain ataupun hp charm.


code item : CP 01
harga : RM 3.50 


code : CP 02
harga: RM 3.50

Saturday 10 September 2011

Mari - mari!!!

Assalam buat semua pelanggan airacraftvalley. Seperti yang dijanjikan catalog airacraft telah diupload. Bolehlah lihat dan pilih sambil membeli item- item yang berkenan dihati. Catalog terbaru ini menyediakan kod-kod tertentu untuk setiap item yang dipamerkan. Kod-kod ini adalah bagi memudahkan para pelanggan memilih serta membuat pesanan. Sebarang pertanyaan boleh emailkan terus kepada craftvalley@gmail.com.

Saturday 27 August 2011

katalog baru

Sempena hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi,aira craft ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam di seluruh dunia terutamanya yang meminati dunia craft. Sehubungan dengan itu aira craft akan bercuti selama dua minggu dan sebarang tempahan dalam waktu ini tidak akan dilayan. Hanya selepas 10 September aira craft akan beroperasi semula seperti biasa. Sempena cuti hari raya ini aira craft akan memaparkan katalog produk terbaru selepas cuti tersebut. Katalog baru ini adalah bagi memudahkan para pelanggan aira craft untuk membuat tempahan dan memilih produk yang disukai dengan lebih mudah..Jumpa lagi..:) nantikan produk-produk terbaru daripada aira craft..